Demi Sekijang
DEMOGRAFI
Dengan keluasan tanah sebesar 55,199 hektar, Parlimen Sekijang mempunyai populasi seramai 79,347 orang, dengan jumlah 45,596 pengundi berdaftar. Sebagai wakil anda di Parlimen di Sekijang, saya mempercayai dalam usaha untuk mempertingkatkan Daerah Segamat sebagai Katalis Pertumbuhan Wilayah Utara Johor dan Hab Pertanian Johor.
Saya dapat melihat potensi dalam pemfokusan pembangunan Agro dalam meningkatkan ekonomi Daerah Segamat di mana kami bersama-sama dapat mewujudkan pertanian komersil kerana perusahaan pertanian merupakan penyumbang terbesar dalam ekonomi dan pembekal utama peluang pekerjaan di kawasan ini.
Inisiatif #DemiSekijang dalam melancarkan pengurusan pentadbiran yang berintegriti dan berhemah selain mengukuhkan aksesibiliti dan kemudahan pengangkutan awam agar sejajar dengan kehendak semasa.